Saturday 31 May 2014

Tips 4 Bisnes


[ Business Tips: Love ]

LOVE

Tunjang kekuatan sesuatu perniagaan .

Perlu di 'develop' dalam diri sebelum bisnes dan segala sistem dan strategi di jalankan.

1. Love kepada Allah
2. Love kepada Diri
3. Love kepada bisnes/
produk
4. Love kepada team /
pasukan.


Turun naik bisnes adalah bergantung kepada elemen-elemen ini .

Juga sejauh mana KEYAKINAN diri dengan apa yang di usahakan.

~Intensif Kejayaan Bisnes Berjemaah, Anjuran Anis Choc Moist Cake.

Tiralicious~
Unspeakably Delicious

Wednesday 28 May 2014

Bisnes Tanpa Modal?



[ Bisnes Tanpa Modal? ]

Kini sedang berlangsung.

Khas untuk surirumah, pelajar, dan sesiapa sahaja yang ingin menambahkan pendapatan terutamanya untuk musim perayaan tidak lama lagi.

Anda akan di guide untuk tujuan ini.

Berminat?

Tinggalkan Nama, Kawasan Anda dan No telefon di inbox kami untuk kami menghubungi anda semula.

*Terhad kepada 20 orang terawal.

Jangan lepaskan peluang!

Hotline: 0195736631

Tiralicious~
Unspeakably Delicious.

Monday 26 May 2014

Awesome!! Special Request Pagi Ini!


Dah lama kami tak open order untuk size Tiramisu 400g.

Untuk produce size 150g pun tak cukup tangan.

Rasa bersalah bila memikirkan permintaan seorang pelanggan ini.

Demi melihat kegembiraan pelanggan kami menikmati Dessert Tiramisu yang berkualiti akhirnya kami mengalah.

Kami buat juga untuknya.

Apa yang magiknya pagi tadi sebelum tempahan di serahkan kepada pelanggan berkenaan orang lain yang memandang dessert tiramisu kami berebut-rebut nak order juga.

Keadaan huru hara seketika.

Alhamdulillah

The power of Add Value to other people's life.

P/s: Ordered by Cikgu Aini.

Uollss nak juga?

Tiramisu 400g

1 box RM25
2 box RM40
(Exclude postage)

Hubungi/sms whatsApp 0195736631


Tiralicious~
Unspeakably Delicious.

Saturday 24 May 2014

TERHANGAT DI PASARAN 2014!


Alhamdulillah


Terima kasih atas jalinan ukhwah ini. Seharian bersama orang-orang hebat dalam pelbagai lapangan tentulah sangat mengujakan. Moga kita sama-sama beroleh manfaat-Nya. InsyaAllah.

EHEM! Mereka sudah, anda bila lagi? =D

Tiralicious~
Unspeakably Delicious.

[ Merasai Nikmat Syukur ]


[ Merasai Nikmat Syukur ]

Tanpa tekanan, tanpa
musibah, tanpa cabaran mungkin kita masih di takuk lama.

Dengan dugaan inilah kita keluar mencari penyelesaian, berusaha mencari ilmu dan berusaha sehabis baik.

Syukur Allah berikan semua ini untuk kita tingkatkan nilai diri dan keluar dari zon selesa (comfort zone).

-Rozita Ibrahim, Sendayu Tinggi-

[Tips Mengurus Stress]



Stress berlaku apabila cabaran dan tekanan melebihi keupayaan diri untuk menghadapinya.

Tips mengurus stress:

1.Maafkan semua orang
2. Solat, zikir, selawat.
3. Menghidupkan sunnah
4. Membaca Al Quran.

-Dato Dr Fadzillah Kamsah-

P/s: Outlet Tiralicious di JD Mart Tambun (berdekatan Giant) menjadi sasaran warga Ipoh ketika ini.

Dapatkan segera sebelum kahabisan!

Tiralicious~
Unspeakably Delicious.

Thursday 22 May 2014

[ Bisnes Tiramisu Bermula Dengan RM50 ]

 7 April 2013, 

Selepas pulang dari  Seminar  Percuma Dr Azizan Osman di Kinta Riverfront Hotel saya terus membelek semula  segala nota yang telah dipelajari dan mula menulis matlamat hidup serta perancangan  satu persatu. Seingat saya, semasa dalam seminar,  tangan tak henti henti mencatat segala apa yang di sampaikan. Semuanya tak terlepas dari salinan saya .Hati sangat berkobar kobar sampai rasa macam sekejapje seminar dah habis. Dulu zaman di universiti pun tak rasa macamni.

Idea tentang bisnes tiramisu timbul semasa dalam seminar lagi selepas dr. azizan menyenaraikan jenis-jenis bisnes yang mendapat permintaan tertinggi di kalangan masyarakat dan pada ketika itu, bulan ramadhan  dah hampir tiba dan ini peluang keemasan bagi usahawan dan bakal usahawan untuk mencuri peluang.


FAST ACTION, FAST RESULT~

8 April 2013,

Pagi itu selepas menguruskan hal anak-anak, saya terus ke pasaraya berdekatan  untuk membeli bahan-bahan membuat tiramisu.  Dengan RM50 di tangan ,saya cuba meminimumkan pembelian bahan dan bergegas balik ke rumah untuk memulakan proses membancuh tiramisu.

Alhamdulillah, dengan 1 bancuhan tiramisu saya berjaya menghasilkan 40 small cup tiramisu dan saya mula membuat pengiraan kos dan segala yang berkaitan dengannya. Setelah siap operasi tersebut, saya mula listkan senarai nama orang-orang yang saya kenali untuk saya berikan tester tiramisu percuma.


RESULT SPEAKS LOUDER THAN WORDS.


 Projek  sample percuma kepada orang-orang terdekat  iaitu adik beradik, saudara mara dan  kawan kawan  berjaya di laksanakan pada minggu itu juga. Siapa sangka dengan pemberian  percuma tersebut, saya mendapat tempahan yang sangat luar biasa apatah lagi apabila mengaplikasikan penggunaan facebook pages .

Di sinilah bermulanya  nama HOUSE OF TIRAMISU di alam maya.

Setiap tempahan dari pelanggan samada untuk kursus, untuk majlis atau  untuk makan suka-suka ,saya  ’uploadkan’ ke dalam facebook pages . Hanya dengan kaedah tersebut, jumlah  LIKE di facebook saya meningkat tanpa PAKSAAN dan House of Tiramisu mula di kenali ramai .



18 JULAI 2013,


Dari sekadar cuba-cuba menjalankan bisnes makanan secara sampingan, alhamdulillah  House Of Tiramisu telah berjaya didaftarkan dengan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM)  secara pemilikan tunggal.



ILMU ADALAH REZEKI

Sejak dari hari itu, saya ‘ketagih’ untuk menuntut ilmu  di setiap seminar Dr Azizan Osman  walaupun berbayar . Suara suara sumbang yang mempertikaikan sedikitpun tidak terkesan di hati saya. Terlalu  banyak ilmu kehidupan yang saya perolehi bukan sahaja dari segi perniagaan, malah kebahagiaan, ketenangan dan banyak lagi yang membawa perubahan besar dalam cara saya berfikir , bertindak dan menjadi manusia yang lebih positif serta menambah nilai kepada kehidupan manusia lain.


Semuanya dengan izin Allah yang Maha Penyayang, Maha  Mengatur dan Maha Menguasai Alam ini.


“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (As-Syam 91:8-10)

#NSyuhadah






Wednesday 7 May 2014


[Tercampak dalam Seminar Dr Azizan Osman ]

Nama  saya Nurul Syuhadah Bt A.Hamid dan saya merupakan pengasas bagi syarikat  House of Tiramisu  yang beroperasi secara online dari rumah.

Kepakaran kami adalah membantu penggemar  dessert tiramisu untuk mendapatkan dessert tiramisu yang cair di mulut, enak  di perut dan yang paling penting halalan toiyyiban di bawah jenama ‘Tiralicious’. Kami juga membantu  usahawan dan bakal usahawan memulakan perniagaan tiramisu secara online sehingga mereka mencapai  3 perkara iaitu :
  1. Kebebasan masa bersama keluarga
  2. Pendapatan meningkat 2 hingga 3 kali ganda
  3. Kebebasan  melakukan aktiviti harian tanpa terikat dengan sesiapa.

Masalahnya, ramai orang menyukai dessert tiramisu kerana keenakkannya tetapi dalam masa yang sama mereka meragui status halal bagi bahan bahan yang digunakan .Akibatnya mereka menikmati dessert tiramisu dalam keadaan yang ragu- ragu.

Hari ini, saya bersyukur kerana telah memiliki perniagaan yang sangat berkembang, memiliki para pekerja yang sangat berdedikasi  dan boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak saya .
Sebelum ini,  hidup saya penuh dengan kesibukan . Sebagai seorang eksekutif kewangan di bank ,saya  sangat sibuk dengan hal-hal kerja yang tidak pernah habis. Keluar pagi dan balik lewat malam adalah rutin biasa demi mencapai target jualan yang telah di tetapkan. Aktiviti pemasaran di bank yang agak aggresif membuatkan saya selalu kepenatan dan  tidak ada masa untuk diri sendiri. Namun ,demi  sebuah pengalaman, saya tetap setia bersama pekerjaan tersebut.

Saya meletakkan jawatan di bank dan memulakan perniagaan sebagai perunding takaful  setelah meyakini bahawa 9/10 rezeki adalah datang dari dunia  perniagaan. Berbekalkan kepercayaan dalam diri, tunjuk ajar mentor dan  pengalaman di bank,  prestasi perniagaan takaful agak membanggakan pada tahun pertama. Saya bekerja keras dan berkorban apa saja untuk mengubah nasib hidup.

Namun, prestasi kerja saya  merosot pada tahun berikutnya di sebabkan kesihatan  tidak mengizinkan untuk saya bergerak lebih aktif setelah mengalami 2 kali keguguran.   Saya di nasihatkan oleh doktor  untuk lebih banyak berehat. Situasi ini menyebabkan saya tidak senang duduk kerana terpaksa duduk di rumah dan tidak keluar bekerja. Pada ketika itu saya berfikir bagaimana caranya untuk saya boleh duduk di rumah dan menjaga anak-anak saya dan dalam masa yang sama duit tetap masuk.

Sehinggalah  pada 7 April 2013. Saya mengikuti Seminar  Percuma Dr Azizan Osman yang banyak mengubah persepsi saya tentang kewangan, kebahagiaan, ketenangan dan kekayaan. Kini saya sedar untuk berjaya kita perlukan ilmu dan untuk sentiasa berjaya  kita perlu membantu lebih ramai orang dengan kepakaran  yang kita ada. Satu  perkara yang saya ingat dalam seminar tersebut adalah, bisnes makanan adalah bisnes yang paling senang untuk dimulakan dan ia bermula dari apa sahaja yang kita ada. Kita menggunakan sumber yang terhad dan mengembangkannya dengan ilmu. Bisnes tiramisu dipilih kerana  pada ketika kesukaran saya untuk keluar bekerja, ini sahaja produk  yang saya tahu buat. Dan kini , pengalaman tersebut menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya dan disebabkan itu  saya buat apa yang saya buat sekarang  iaitu mambantu lebih ramai orang untuk memulakan perniagaan tiramisu secara online dari rumah. Saya sangat mengalu alukan anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma.

Untuk pendaftaran pengedar, sms  ‘SAYA NAK JADI PENGEDAR’ beserta  Nama, Alamat ,No Telefon dan email ke 0195736631. ( Untuk 3 orang yang pertama, yuran pendaftaran adalah PERCUMA!)

Nurul Syuhadah A.Hamid
CEO & Founder  Houseof Tiramisu