Thursday 22 May 2014

[ Bisnes Tiramisu Bermula Dengan RM50 ]

 7 April 2013, 

Selepas pulang dari  Seminar  Percuma Dr Azizan Osman di Kinta Riverfront Hotel saya terus membelek semula  segala nota yang telah dipelajari dan mula menulis matlamat hidup serta perancangan  satu persatu. Seingat saya, semasa dalam seminar,  tangan tak henti henti mencatat segala apa yang di sampaikan. Semuanya tak terlepas dari salinan saya .Hati sangat berkobar kobar sampai rasa macam sekejapje seminar dah habis. Dulu zaman di universiti pun tak rasa macamni.

Idea tentang bisnes tiramisu timbul semasa dalam seminar lagi selepas dr. azizan menyenaraikan jenis-jenis bisnes yang mendapat permintaan tertinggi di kalangan masyarakat dan pada ketika itu, bulan ramadhan  dah hampir tiba dan ini peluang keemasan bagi usahawan dan bakal usahawan untuk mencuri peluang.


FAST ACTION, FAST RESULT~

8 April 2013,

Pagi itu selepas menguruskan hal anak-anak, saya terus ke pasaraya berdekatan  untuk membeli bahan-bahan membuat tiramisu.  Dengan RM50 di tangan ,saya cuba meminimumkan pembelian bahan dan bergegas balik ke rumah untuk memulakan proses membancuh tiramisu.

Alhamdulillah, dengan 1 bancuhan tiramisu saya berjaya menghasilkan 40 small cup tiramisu dan saya mula membuat pengiraan kos dan segala yang berkaitan dengannya. Setelah siap operasi tersebut, saya mula listkan senarai nama orang-orang yang saya kenali untuk saya berikan tester tiramisu percuma.


RESULT SPEAKS LOUDER THAN WORDS.


 Projek  sample percuma kepada orang-orang terdekat  iaitu adik beradik, saudara mara dan  kawan kawan  berjaya di laksanakan pada minggu itu juga. Siapa sangka dengan pemberian  percuma tersebut, saya mendapat tempahan yang sangat luar biasa apatah lagi apabila mengaplikasikan penggunaan facebook pages .

Di sinilah bermulanya  nama HOUSE OF TIRAMISU di alam maya.

Setiap tempahan dari pelanggan samada untuk kursus, untuk majlis atau  untuk makan suka-suka ,saya  ’uploadkan’ ke dalam facebook pages . Hanya dengan kaedah tersebut, jumlah  LIKE di facebook saya meningkat tanpa PAKSAAN dan House of Tiramisu mula di kenali ramai .



18 JULAI 2013,


Dari sekadar cuba-cuba menjalankan bisnes makanan secara sampingan, alhamdulillah  House Of Tiramisu telah berjaya didaftarkan dengan Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM)  secara pemilikan tunggal.



ILMU ADALAH REZEKI

Sejak dari hari itu, saya ‘ketagih’ untuk menuntut ilmu  di setiap seminar Dr Azizan Osman  walaupun berbayar . Suara suara sumbang yang mempertikaikan sedikitpun tidak terkesan di hati saya. Terlalu  banyak ilmu kehidupan yang saya perolehi bukan sahaja dari segi perniagaan, malah kebahagiaan, ketenangan dan banyak lagi yang membawa perubahan besar dalam cara saya berfikir , bertindak dan menjadi manusia yang lebih positif serta menambah nilai kepada kehidupan manusia lain.


Semuanya dengan izin Allah yang Maha Penyayang, Maha  Mengatur dan Maha Menguasai Alam ini.


“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” (As-Syam 91:8-10)

#NSyuhadah






No comments:

Post a Comment