Wednesday 7 May 2014


[Tercampak dalam Seminar Dr Azizan Osman ]

Nama  saya Nurul Syuhadah Bt A.Hamid dan saya merupakan pengasas bagi syarikat  House of Tiramisu  yang beroperasi secara online dari rumah.

Kepakaran kami adalah membantu penggemar  dessert tiramisu untuk mendapatkan dessert tiramisu yang cair di mulut, enak  di perut dan yang paling penting halalan toiyyiban di bawah jenama ‘Tiralicious’. Kami juga membantu  usahawan dan bakal usahawan memulakan perniagaan tiramisu secara online sehingga mereka mencapai  3 perkara iaitu :
  1. Kebebasan masa bersama keluarga
  2. Pendapatan meningkat 2 hingga 3 kali ganda
  3. Kebebasan  melakukan aktiviti harian tanpa terikat dengan sesiapa.

Masalahnya, ramai orang menyukai dessert tiramisu kerana keenakkannya tetapi dalam masa yang sama mereka meragui status halal bagi bahan bahan yang digunakan .Akibatnya mereka menikmati dessert tiramisu dalam keadaan yang ragu- ragu.

Hari ini, saya bersyukur kerana telah memiliki perniagaan yang sangat berkembang, memiliki para pekerja yang sangat berdedikasi  dan boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan anak-anak saya .
Sebelum ini,  hidup saya penuh dengan kesibukan . Sebagai seorang eksekutif kewangan di bank ,saya  sangat sibuk dengan hal-hal kerja yang tidak pernah habis. Keluar pagi dan balik lewat malam adalah rutin biasa demi mencapai target jualan yang telah di tetapkan. Aktiviti pemasaran di bank yang agak aggresif membuatkan saya selalu kepenatan dan  tidak ada masa untuk diri sendiri. Namun ,demi  sebuah pengalaman, saya tetap setia bersama pekerjaan tersebut.

Saya meletakkan jawatan di bank dan memulakan perniagaan sebagai perunding takaful  setelah meyakini bahawa 9/10 rezeki adalah datang dari dunia  perniagaan. Berbekalkan kepercayaan dalam diri, tunjuk ajar mentor dan  pengalaman di bank,  prestasi perniagaan takaful agak membanggakan pada tahun pertama. Saya bekerja keras dan berkorban apa saja untuk mengubah nasib hidup.

Namun, prestasi kerja saya  merosot pada tahun berikutnya di sebabkan kesihatan  tidak mengizinkan untuk saya bergerak lebih aktif setelah mengalami 2 kali keguguran.   Saya di nasihatkan oleh doktor  untuk lebih banyak berehat. Situasi ini menyebabkan saya tidak senang duduk kerana terpaksa duduk di rumah dan tidak keluar bekerja. Pada ketika itu saya berfikir bagaimana caranya untuk saya boleh duduk di rumah dan menjaga anak-anak saya dan dalam masa yang sama duit tetap masuk.

Sehinggalah  pada 7 April 2013. Saya mengikuti Seminar  Percuma Dr Azizan Osman yang banyak mengubah persepsi saya tentang kewangan, kebahagiaan, ketenangan dan kekayaan. Kini saya sedar untuk berjaya kita perlukan ilmu dan untuk sentiasa berjaya  kita perlu membantu lebih ramai orang dengan kepakaran  yang kita ada. Satu  perkara yang saya ingat dalam seminar tersebut adalah, bisnes makanan adalah bisnes yang paling senang untuk dimulakan dan ia bermula dari apa sahaja yang kita ada. Kita menggunakan sumber yang terhad dan mengembangkannya dengan ilmu. Bisnes tiramisu dipilih kerana  pada ketika kesukaran saya untuk keluar bekerja, ini sahaja produk  yang saya tahu buat. Dan kini , pengalaman tersebut menjadi pengalaman terindah dalam hidup saya dan disebabkan itu  saya buat apa yang saya buat sekarang  iaitu mambantu lebih ramai orang untuk memulakan perniagaan tiramisu secara online dari rumah. Saya sangat mengalu alukan anda yang ingin mendapatkan khidmat nasihat percuma.

Untuk pendaftaran pengedar, sms  ‘SAYA NAK JADI PENGEDAR’ beserta  Nama, Alamat ,No Telefon dan email ke 0195736631. ( Untuk 3 orang yang pertama, yuran pendaftaran adalah PERCUMA!)

Nurul Syuhadah A.Hamid
CEO & Founder  Houseof Tiramisu



No comments:

Post a Comment